Tuesday, August 24, 2010

Kemahiran Mengingat


Dewasa ini pelbagai cara digunakan oleh pelajar untuk mengingat sesuatu maklumat yang ingin dihafal. Ini menjadi kemuncak apabila musim ujian bulanan dan peperikasaan sebenar berlaku. Pelajar akan kelang kabut belajar dengan begitu tekun untuk mengingat sesuatu maklumat yang ingin dihafal. Namun apa yang menjadi masalah kepada para pelajar ialah sukar untuk mengingat sesuatu maklumat yang ingin dihafal. Adakalanya apa yang berlaku ini menyebabkan ada diantara pelajar menjadi lemah motivasinya untuk terus belajar

             Untuk dikongsi bersama disini terdapat beberapa cara yang boleh diperaktikkan oleh para pelajar untuk belajar mengingat sesuatu perkara. Terdapat juga aktiviti-aktiviti dan sedikit ilmu yang dapat dikongsi bagaimana untuk menajamkan daya ingatan kita ini antaranya ialah :


 Berlatih Secukupnya 

Cara ini menghendaki kita untuk mengulang apa yang ingin dihafal secara berulang-ulang sehingga kita betul-betul menghafalnya tanpa membuat kesilapan. Impllikasinya daripada apa yang kita lakukan ini apa bila kita menghafal sesuatu perkara dengan mengulang seberapa banyak yang mungkin akan menambahkan ingatan kita terus masuk keingatan jangka panjang. 

Selain itu, melalui kaedah ini mampu meningkatkan kefahaman kita melalui apa yang kita hafal. Melalui satu penyataan, (Ainon, 1997) kalau kita selalu mengulang-ulang bacaan sesuatu bahan, hal ini dapat menolong kita memahami mana bahagian yang penting dan mana bahagian yang kuang penting. Ini membuat kita lebih faham.


Agih-agihkan Latihan

Salah satu cara untuk mudah mengingat ialah mengagih-agihkan masa belajar. Kajian Prof. E. B. Zechmeister menunjukkan bahawa belajar yang belajar secara teragih adalah lebih berkesan daripada tertumpu. Tambahan lagi, belajar secara teragih lebih berkesan apabila tempoh rehat antara sesi belajar agak lama, umpamanya 24 jam.

            Implikasi daripada kajian beliau ialah, kalau kita hendak belajar selama 10 jam, jangan belajar secara 10 jam terus-menerus dalam masa satu hari. Ini bermakana cara belajar yang berkesan ialah belajar sedikit sehari, tapi belajar hari-hari. Kita tidak mungkin dapat mengingat semua yang kit abaca dalam masa satu hari. Dengan melihat dan membaca secara berulang setiap hari akan membantu kita untuk mengingat.

Kurangkan Gangguan

Cuba anda bayangkan dan fikirkan sejenak, untuk kita mengingat sesuatu perkara mana yang lebih mudah. Situasi pertama, mengingat maklumat mengenai komponan-komponen kereta dan esoknya mengingat komponen kapal terbang pula. Situasi kedua, dalam masa yang sama mengingingat kedua-dua komponen. Jelaslah situasi yang pertama lebih mudah. Ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Prof. P. W. Thorndike dan B. Hayes-Roth bahawa mengingat 2 perkara adalah lebih baik pada hari yang berbeza.

            Kajian juga menyatakan bahawa factor utama yang menyebabkan kita lupa ialah gangguan daripada perkara-perkara lain. Ini bermakna, apabila kita menghafal maklumat berkenaan dengan sesuatu mata pelajaran, ia boleh menyebabkan kita lupa dengan maklumat yang kita hafal berkenaan mata pelajaran lain. Oleh yang demikian ramai pakar-pakar psikologi menasihatkan agar belajar satu mata pelajaran sehari. Tujuannya adalah supaya apa yang kita belajar tidak diganggu oleh mata pelajaran lain.

Susunkan Maklumat  

Dalam untuk kita mengingat, sesuatu perkara yang hendak dihafal adalah lebih mudah apabila maklumat disusun terlebih dahulu sebelum dihafal. Antaranya ialah membuat nota-nota ringkas perkara yang hendak dihafal. Ini adalah perlu dilakukan apabila maklumat yang hendak diingat penting dan susah. Maka boleh disimpulkan bahawa, untuk memudahkan kita mengingat sesuatu maklumat cara yang paling baik ialah buat dahulu nota-nota ringkas. Kemudian barulah kita hafal maklumat-maklumat tersebut. Ini adalah lebih berkesan untuk kita mengingat.

Diulas daripada buku Motivasi Belajar Berfikir, Penulis Ainon Mohd dan Abdullah Hassan

Friday, August 13, 2010

Berkongsi Sesuatu…


Setiap orang didunia ada kenangan indah yang tidah dapat dilupakan … ye aku juga begitu.. kenangan aku ketika di bangku sekolah. Sekolah Menengah Teknik Jasin, sebuah sekolah yang cukup gagah dan indah mengasah bakat aku sebagai seorang pemimpin. Daripada insan biasa kepada insan yang luar biasa, mungkin orang diluar menyatakan aku biasa tapi aku rasa bagai aku seorang yang luar biasa…biarlah apa orang diluar ingin katakan aku tetap aku. Disinilah aku belajar bercakap dikhalayak ramai, disinilah aku belajar berkawan dengan begitu rapat, disinilah juga aku mengenal erti kasih sayang seorang guru terhadap muridnya dan pelbagai lagi. Terima kasih semua kepada rakan-rakan aku yang banyak berjasa.
Rakan baik aku yang banyak membantu...terima kasih...aku memanggihnya imam kerana ia sentiasa mengimamkan kami ketika solat.

Bermula daripada ketua kelas kepada seorang pengawas yang yang bagi aku gigih dalam melaksanakan tugas aku yang telah dipertanggungjawabkan. Aku melangkah setapak menjadi salah seorang exco didalam badan pengawas iaitu kebersihan. Ya adakalanya aku rasa seperti mudah mendengar tugas itu. Rupa-rupanya tidak, berat juga tugas tersebut tambahan lagi sekolah aku ketika itu sedang bertanding di peringkat negeri untuk menjadi sekolah paling ceria. Ya, sungguh seronok melihat kelas-kelas yang begitu komitet dalam menceriakan kelas mereka.

Rakan-rakan seperjuangan aku yang banyak membantu di samping guru-guru pembimbing yang begitu komitted menjalankan tanggungjawab beliau.

Rakan sepasukan aku meletak jawatan akibat masalah yang tidak dapat dielakkan. Bermula disitu seperti berlaku tsunami untuk memilih jawatan bagi menggantikan rakan aku. Rakan-rakan diluar fikir apakah jawatan tersebut ya? Ya jawatan tersebut ialah Ketua Pengawas merangkap Ketua Pelajar sekolah. Satu pertandingan yang diundi oleh para pelajar dan guru diadakan. Aku terpilih sebagai majoriti kepada undian tersebut. Dipanggil oleh guru aku. Sehingga sekarang aku masih ingat lagi namanya. Cikgu Md Shah, seorang yang sangat tegas dalam menjalankan tugas. Kalau tidak percaya tanyalah kepada semua bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Jasin 2004/2005. Aku sangat mengaguminya, sekarang beliau sudah bertugas di salah sebuah Kolej Matrikulasi..”All The Best” cikgu.

Kesimpulannya, Sekolah Menengah Teknik Jasin merupakan sebuah sekolah yang cukup bermakna bagi aku kerana banyak menggamit memori indah disamping mengembangkan potensi diri aku ini yang tidak pernah aku kenali. Bermula disini dan tiada akhirnya kerana aku tahu aku adalah insan cemerlang yang bakal menggegarkan tanah air hingga ke mata dunia. Wahai dunia lihatlah...Akan aku buktikan....

Wednesday, August 11, 2010

Ciri-ciri Insan Cemerlang

  • Pegangan agama yang kukuh
  • Bermotivasi tinggi
  • Mempunyai daya ketahanan
  • Mempunyai keyakinan diri yang kental
  • Tidak mudah mengalah
  • Berani menghadapi cabaran
  • Jujur , amanah dan bersih

Tuesday, August 10, 2010

Mampukah Perlesenan Rokok Mengurangkan Tabiat Merokok

Semua peniaga rokok sama ada di restoran besar atau gerai jalanan akan diwajibkan mempunyai lesen daripada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) mulai 1 September ini.
Pengerusi LKTN, Datuk Ismail Kassim berkata, selain penjual rokok, mereka yang terlibat memproses, mengilang dan mengimport tembakau serta kenaf juga perlu memiliki lesen berkenaan mulai tarikh tersebut.
Menurutnya, lesen itu dikeluarkan bertujuan mengawal selia dan menyelaras semua aktiviti berkaitan industri tembakau serta membanteras penjualan rokok seludup yang berleluasa selama ini.
“LKTN kini menjadi agensi yang diberi kuasa untuk mengawal penjualan dan penyeludupan rokok di negara ini yang selama ini dipikul oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).
“Keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat 13 Julai lalu yang melibatkan pihak Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, KDRM serta wakil pengilang-pengilang rokok,” katanya pada majlis penerangan LKTN dan makan malam bersama media di sini malam semalam.
Ismail bagaimanapun berkata, pihaknya masih belum mengetahui jumlah sebenar peniaga yang bakal dilesenkan melalui peraturan baru ini. Ia hanya dapat ditentukan selepas penguatkuasaan lesen itu nanti.
Katanya, semua pihak terbabit boleh memohon mendapatkan lesen berkenaan melalui pejabat LKTN atau laman sesawang http://www.lktn. gov.my dengan bayaran sebanyak RM50.
Tegas beliau, kegagalan mematuhi peraturan di bawah Seksyen 39(1) Akta LKTN boleh menyebabkan pesalah dikenakan denda sehingga RM250,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sumber: kosmo