Tuesday, August 24, 2010

Kemahiran Mengingat


Dewasa ini pelbagai cara digunakan oleh pelajar untuk mengingat sesuatu maklumat yang ingin dihafal. Ini menjadi kemuncak apabila musim ujian bulanan dan peperikasaan sebenar berlaku. Pelajar akan kelang kabut belajar dengan begitu tekun untuk mengingat sesuatu maklumat yang ingin dihafal. Namun apa yang menjadi masalah kepada para pelajar ialah sukar untuk mengingat sesuatu maklumat yang ingin dihafal. Adakalanya apa yang berlaku ini menyebabkan ada diantara pelajar menjadi lemah motivasinya untuk terus belajar

             Untuk dikongsi bersama disini terdapat beberapa cara yang boleh diperaktikkan oleh para pelajar untuk belajar mengingat sesuatu perkara. Terdapat juga aktiviti-aktiviti dan sedikit ilmu yang dapat dikongsi bagaimana untuk menajamkan daya ingatan kita ini antaranya ialah :


 Berlatih Secukupnya 

Cara ini menghendaki kita untuk mengulang apa yang ingin dihafal secara berulang-ulang sehingga kita betul-betul menghafalnya tanpa membuat kesilapan. Impllikasinya daripada apa yang kita lakukan ini apa bila kita menghafal sesuatu perkara dengan mengulang seberapa banyak yang mungkin akan menambahkan ingatan kita terus masuk keingatan jangka panjang. 

Selain itu, melalui kaedah ini mampu meningkatkan kefahaman kita melalui apa yang kita hafal. Melalui satu penyataan, (Ainon, 1997) kalau kita selalu mengulang-ulang bacaan sesuatu bahan, hal ini dapat menolong kita memahami mana bahagian yang penting dan mana bahagian yang kuang penting. Ini membuat kita lebih faham.


Agih-agihkan Latihan

Salah satu cara untuk mudah mengingat ialah mengagih-agihkan masa belajar. Kajian Prof. E. B. Zechmeister menunjukkan bahawa belajar yang belajar secara teragih adalah lebih berkesan daripada tertumpu. Tambahan lagi, belajar secara teragih lebih berkesan apabila tempoh rehat antara sesi belajar agak lama, umpamanya 24 jam.

            Implikasi daripada kajian beliau ialah, kalau kita hendak belajar selama 10 jam, jangan belajar secara 10 jam terus-menerus dalam masa satu hari. Ini bermakana cara belajar yang berkesan ialah belajar sedikit sehari, tapi belajar hari-hari. Kita tidak mungkin dapat mengingat semua yang kit abaca dalam masa satu hari. Dengan melihat dan membaca secara berulang setiap hari akan membantu kita untuk mengingat.

Kurangkan Gangguan

Cuba anda bayangkan dan fikirkan sejenak, untuk kita mengingat sesuatu perkara mana yang lebih mudah. Situasi pertama, mengingat maklumat mengenai komponan-komponen kereta dan esoknya mengingat komponen kapal terbang pula. Situasi kedua, dalam masa yang sama mengingingat kedua-dua komponen. Jelaslah situasi yang pertama lebih mudah. Ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Prof. P. W. Thorndike dan B. Hayes-Roth bahawa mengingat 2 perkara adalah lebih baik pada hari yang berbeza.

            Kajian juga menyatakan bahawa factor utama yang menyebabkan kita lupa ialah gangguan daripada perkara-perkara lain. Ini bermakna, apabila kita menghafal maklumat berkenaan dengan sesuatu mata pelajaran, ia boleh menyebabkan kita lupa dengan maklumat yang kita hafal berkenaan mata pelajaran lain. Oleh yang demikian ramai pakar-pakar psikologi menasihatkan agar belajar satu mata pelajaran sehari. Tujuannya adalah supaya apa yang kita belajar tidak diganggu oleh mata pelajaran lain.

Susunkan Maklumat  

Dalam untuk kita mengingat, sesuatu perkara yang hendak dihafal adalah lebih mudah apabila maklumat disusun terlebih dahulu sebelum dihafal. Antaranya ialah membuat nota-nota ringkas perkara yang hendak dihafal. Ini adalah perlu dilakukan apabila maklumat yang hendak diingat penting dan susah. Maka boleh disimpulkan bahawa, untuk memudahkan kita mengingat sesuatu maklumat cara yang paling baik ialah buat dahulu nota-nota ringkas. Kemudian barulah kita hafal maklumat-maklumat tersebut. Ini adalah lebih berkesan untuk kita mengingat.

Diulas daripada buku Motivasi Belajar Berfikir, Penulis Ainon Mohd dan Abdullah Hassan

No comments:

Post a Comment